Bengkel Knowledge Mapping, 24 – 25 Ogos 2016

Bengkel Knowledge Mapping yang melibatkan 23 orang peserta telah diadakan dengan jayanya pada 24 dan 25 Ogos 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Blok G, Ibu Pejabat JKR. Bengkel yang telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Elektrik dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal bertujuan untuk mengenalpasti aset pengetahuan termasuk kepakaran sediada dan keperluan pengetahuan di pejabat masing-masing.

Sepanjang berlangsungnya bengkel selama dua hari ini, para peserta telah didedahkan dengan tatacara penyediaan aktiviti knowledge audit dan mapping yang lengkap melalui penggunaan aplikasi “Aithin” oleh pihak perunding pengurusan pengetahuan, Knowledge Connections Sdn. Bhd. Sesi bengkel seterusnya diteruskan dengan aktiviti kumpulan bagi membincangkan serta menyediakan knowledge mapping. Di akhir sesi bengkel, wakil daripada setiap kumpulan telah membentangkan hasil perbincangan bagi mendapatkan pandangan dan maklumbalas daripada pihak perunding.