Seminar CoP JKR 2016

dato fazli1

Seminar CoP JKR yang bertemakan “Memperkasa Perkongsian Pengetahuan Komuniti JKR” telah diadakan pada 6 September 2016 di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (Perpustakaan Raja Tun Uda) di Shah Alam, Selangor. Seminar selama setengah hari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Mohd Fazli bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar dan telah dihadiri oleh seramai 71 orang peserta yang merangkumi pegawai atasan JKR, pegawai dan kakitangan dari Ibu Pejabat JKR dan JKR Negeri.

Di dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dato’ Ir. Mohd Fazli telah menekankan mengenai kepentingan kepada warga JKR untuk mempunyai minda dan memiliki keinginan untuk mengejar ilmu (desire for knowledge). Menurut beliau, CoP merupakan pendekatan yang terbaik untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang kompeten, berketerampilan dan produktif dalam mendokong agenda transformasi kerana ianya berkeupayaan untuk mempengaruhi persekitaran kerja, perhubungan kerja, semangat kekitaan dan motivasi kerja.

Majlis seterusnya diteruskan dengan sesi Fish Bowl yang dikendalikan oleh moderator, En Khairil Hizar Md Khuzaimah bersama dua tetamu jemputan khas daripada Bank Negara dan Petronas iaitu Dr Jasbir Singh dan Dr Niza Adilah. Sesi ini memberi peluang kepada para peserta untuk memperolehi pengetahuan dan kefahaman masing-masing mengenai CoP yang dipraktikkan dengan aktif di kedua-dua organisasi.

Susulan daripada sesi Fish Bowl, para peserta kemudiannya telah diberi peluang untuk membincangkan dua topic utama berkaitan CoP JKR iaitu How to increase contribution of CoPs to individual and organisational learning” dan “How to maintain healthy CoPs in order to leverage CoPs for our performance improvement“ melalui sesi Knowledge Cafe. Di akhir sesi tersebut, dua orang peserta telah membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing mengenai langkah-langkah yang boleh dijalankan dalam usaha untuk memastikan CoP JKR berpotensi tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai agen perubahan ke arah mencapai kecemerlangan.