Bengkel Project Lessons Learned Guide

Satu siri Bengkel Project Lessons Learned Guide yang melibatkan hampir 80 orang pegawai dan kakitangan JKR dari seluruh negera telah diadakan denga jayanya pada 8 Ogos, 22 Ogos dan 5 September 2016. Bengkel yang dikendalikan oleh YBrs. Dr. Che Wan Fadhil penceramah dari syarikat Emost Services Sdn Bhd, sebuah perunding pengurusan pengetahuan adalah bertujuan untuk membincangkan dan seterusnya menyediakan satu buku panduan mengenai tatacara penyediaan dokumen Project Lessons Learned yang lengkap.

Adalah diharapkan melalui penyediaan dan penerbitan Project Lessons Learned Guide ini kelak, ianya akan dapat membantu warga JKR dari pejabat yang terlibat untuk menyediakan dokumen Project Lessons Learned dengan tersusun melalui senarai aktiviti dan proses yang telah dikenalpasti.