Kursus Pengenalan Knowledge Management Siri 2/2020

Kursus Pengenalan Knowledge Management Siri 2/2020 telah berlangsung pada 16 Mac 2020 di CREaTE dan dihadiri oleh seramai 10 orang Knowledge Manager JKR Malaysia.

Program selama sehari yang dikendalikan oleh Sr Dr. Khairil Hizar Md Khuzaimah dan Pn. Hawa Liza Zahari dari Unit Enterprise Content & Knowledge Management, CPAB bertujuan memberi pendedahan kepada Knowledge Manager Jabatan mengenai insiatif Knowledge Management dan modul yang telah dibangunkan bagi memperkasa amalan pembudayaan ilmu di JKR Malaysia.

Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk sesi taklimat dan sesi perbincangan kumpulan mengenai kajian kes pelaksanaan Knowledge Management. Pada sebelah petangnya, para peserta telah diperkenalkan dengan teknik Knowledge Cafe sebagai teknik percambahan fikiran interaktif yang boleh diamalkan di pejabat masing-masing.