Laporan Analitik Portal JPedia Bil. 1/2020

Berdasarkan data sukuan pertama tahun 2020 (1 Januari hingga 31 Mac), Portal JPedia telah merekodkan sebanyak 9,029 bilangan pengunjung dengan 87,725 capaian halaman.

Portal JPedia [jpedia.jkr.gov.my] merupakan repositori pengetahuan kritikal JKR Malaysia yang berkonsep terbuka di mana kandungan portal dikemaskini dan disenggarakan oleh warga Jabatan di samping moderator yang dilantik serta pemilik setiap domain.

Guides & Standards merupakan domain yang paling dikunjungi dengan 4,510 capaian halaman. Domain Wiki Cost mencatat bilangan kedua tertinggi dengan 3,599 capaian dan diikuti dengan domain Wiki Specs sebanyak 2,055 . Seterusnya, domain Wiki Notes yang mengandungi artifak buletin dan laporan tahunan menerima 1,347 bilangan capaian manakala CREaTE dengan 1,264 capaian halaman.

Muat turun laporan lengkap Analitik Portal JCoP Cafe di Portal JPedia.