Kursus Pengenalan Knowledge Management

Kursus Pengenalan Knowledge Management yang melibatkan 19 orang Knowledge Managers JKR telah berjaya diadakan di Bilik Kuliah Al-Ghazali, CREaTE pada 22 dan 23 Mac 2018. Program yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada Knowledge Managers JKR berkenaan dengan disiplin pengurusan pengetahuan yang merangkumi pengenalan serta teknik perkongsian pengurusan dan pengalaman.

Program yang dikendalikan oleh Sr Roznita Othman dan Sr Dr Khairil Hizar Md Khuzaimah dijalankan secara interaktif yang memerlukan penglibatan aktif para peserta yang hadir seperti teknik knowledge café. Sesi perbincangan berkumpulan turut diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk berbincang mengenai jenis aset pengetahuan yang diperlukan bagi sesuatu bidang.

Pada hari kedua, sesi penerangan dan hands-on berkaitan portal JPedia dan JCoP Café telah diadakan di mana para peserta mengambil peluang untuk bertanya soalan serta memberi jawapan kepada soalan yang diajukan oleh pengguna JCoP Café. Semoga sesi kursus ini dapat memberi kefahaman kepada Knowledge Managers dalam membantu mereka menjalankan tugas-tugas berkaitan di pejabat masing-masing.