Bengkel Project Lessons Learned Analysis

Bengkel Project Lessons Learned Analysis telah diadakan di Pusat Sumber, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) pada 19 dan 20 Mac 2018. Program yang diadakan kesinambungan daripada siri Bengkel Penyediaan Project Lessons Learned bertujuan untuk menganalisis penemuan laporan Project Lessons Learned yang telah disediakan oleh pihak HODT, HOPT dan pasukan projek. Seramai 20 orang pegawai yang terlibat dengan projek-projek terpilih telah menghadiri sesi bengkel yang dikendalikan oleh YBrs. Dr Sr Fadzil Hassan dan En Mohd Sallehuddin Mat Noor selaku konsultan yang dilantik.

Di permulaan bengkel, para peserta telah diberi pendedahan berkenaan dengan objektif program serta aktivit-aktiviti yang akan dijalankan. Seterusnya para peserta telah dipecahkan kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada projek berkaitan kediaman/kuarters, hospital dan jalan. Di akhir program, setiap kumpulan telah diberikan peluang untuk membentangkan penemuan kumpulan masing-masing bagi berkongsi idea dan pendapat mengenai langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek di masa hadapan.