Mesyuarat dan Bengkel Project Lessons Learned JKR (Zon Utara)

Pada 23 dan 24 Mac 2016 yang lepas, satu program yang bertajuk “Mesyuarat dan Bengkel Pengenalan kepada Project Lessons Learned JKR (Zon Utara)” telah diadakan bertempat di Dewan Persidangan, JKR Negeri Kedah,Tingkat 12, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Program yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian pengalaman mengenai inisiatif Project Lessons Learned JKR ini telah dihadiri oleh seramai 46 orang wakil dari pejabat PO Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Sr Roznita Othman dari Unit Enterprise Content & Knowledge Management, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR selaku penceramah dan dibantu oleh dua orang fasilitator dari unit yang sama iaitu Ir Fithry Mohd Amir dan En Khairil Hizar Md Khuzaimah. Sebanyak lima buah projek telah dibincangkan dengan mendalam oleh para peserta bagi penyediaan dokumen project lessons learned.