Mesyuarat dan Bengkel Project Lessons Learned JKR (Zon Selatan)

Pada 19 dan 20 April 2016 yang lepas, satu program yang bertajuk “Mesyuarat dan Bengkel Pengenalan kepada Project Lessons Learned JKR (Zon Selatan)” telah diadakan bertempat di JKR Cawangan Mekanikal Negeri Johor. Program yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian pengalaman mengenai inisiatif Project Lessons Learned JKR ini telah dihadiri oleh seramai 31 orang wakil dari pejabat PO Negeri Johor dan Melaka.

Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Sr Roznita Othman dari Unit Enterprise Content & Knowledge Management, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR selaku penceramah dan dibantu oleh dua orang fasilitator dari unit yang sama iaitu Ir Fithry Mohd Amir dan En Khairil Hizar Md Khuzaimah. Sebanyak lima buah projek telah dibincangkan dengan mendalam oleh para peserta bagi penyediaan dokumen project lessons learned.