Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR (JKPPPI) Bil 2/2016

IMG-20160613-WA0009

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR (JKPPPI) Bil 2/2016 telah diadakan dengan jayanya pada 9 Jun 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Nilam 1, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ir. Mohd Rahim Kawangit, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan dihadiri oleh seramai 29 orang Pengurus Pengetahuan dari seluruh negara.

Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan Pengerusi yang kemudiannya disusuli dengan pembentangan minit mesyuarat yang lepas dan perbincangan mengenai perkara-perkara  berbangkit. Seterusnya, Pn Norhashima Mohamed Sulaiman, Pustakawan dari Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat telah membentangkan cadangan Program Persada Minda @ JKR 2016 yang bertemakan “Komunikasi Jendela Ilmu. Program tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 28 dan 29 September 206 di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Sesi mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Laporan Program Pembudayaan Ilmu JKR Negeri Sembilan oleh Ir Razman Md Darus dan Cawangan Kejuruteraan Cerun oleh Ir Ahmad Khairil Shahibi. Seterusnya, Sr Roznita Othman telah membentangkan senarai aktiviti Unit ECKM yang telah dijalankan sehingga bulan Jun 2016 dan diikuti dengan pembentangan Laporan Status CoP 2016 oleh En Khairil Hizar Md Khuzaimah dari Unit ECKM, CPAB. Di akhir program, Pengerusi telah menyampaikan sijil perlantikan Pengurus Pengetahuan yang baru  dan seterusnya menangguhkan mesyuarat.