Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu (JKPPPI) JKR Malaysia Bil. 2/2020

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu (JKPPPI) Bil. 2/2020 di Menara Persekutuan Melaka

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu (JKPPPI) Bil. 2/2020 telah berlangsung dengan jayanya pada 2 hingga 3 September 2020 bertempat di Menara Persekutuan Melaka, Ayer Keroh, Melaka.

Mesyuarat JKPPPI Bil. 2/2020 yang diadakan pada 2 September 2020 telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Dr. Khairil Hizar Md Khuzaimah, Ketua Uniut Enterprise Content & Knowledge Management, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan dihadiri oleh seramai 39 orang Knowledge Manager JKR dari Ibu Pejabat JKR dan JKR Negeri/Wilayah Persekutuan/Unit KESEDAR.

Program di sebelah petang diteruskan dengan sesi Knowledge Visit ke muzium dan bangunan bersejarah di sekitar Bandar Hilir, Melaka.

Lawatan bertujuan memberi peluang kepada Knowledge Manager untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai artifak bersejarah yang dipamerkan di Muzium Sejarah Dan Ethnografi, Muzium Samudera, Muzium Rakyat dan Muzium Istana.

Para peserta bergambar di hadapan Muzium Istana Kesultanan Melaka

Pada hari kedua, sesi Story Telling dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik penceritaan dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu (JKPPPI) yang seterusnya dijadualkan akan berlangsung pada bulan Oktober 2020 di Menara JD, WP Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!