Sesi Temubual Bersama Pengguna Aktif JCoP: En Muhammad Khairul Amirul Ahmad

En Muhammad Khairul Amirul Ahmad merupakan penerima Anugerah Pengguna JCoP Paling Aktif bagi tahun 2017. Beliau kini bertugas di JKR Daerah Barat Daya, JKR Pulau Pinang. Berikut adalah sesi temubual yang telah dijalankan bersama beliau mengenai Portal JCoP Cafe.

1. Apakah yang mendorong Tuan untuk menggunakan JCoP Café?

Paparan skrin JCoP sangat menarik dan mempunyai sistem mata terkumpul berdasarkan komen dan maklumbalas pengguna bagi sesuai perkara.

2. Apakah faedah yang Tuan perolehi sepanjang menggunakan JCoP Café?

Mendapat nasihat, teguran dan maklumbalas daripada pegawai JKR yang berpengalaman dalam menyelesaikan sesuatu isu

3. Apakah domain JCoP Cafe yang kerap Tuan lawati?\

Human Resource Management

4. Bilakah Tuan menggunakan JCoP Cafe (masa/hari)?

Selepas waktu bekerja.

5. Apakah cadangan yang boleh Tuan berikan bagi menambahbaik JCoP Cafe di masa hadapan?

  • Cadangan katalaluan JCoP Café dijadikan katalaluan SSO seperti Aplikasi Sistem MyKJ dan Sistem Latihan JKR
  • Mengwujudkan Panduan Pengguna JCoP Café seperti Panduan Pengguna Sistem Latihan JKR dan Panduan Penggu MyKJ
  • Cadangan kakitangan JKR yang tidak memiliki emel juga dapat mengakses JCoP Café tanpa sebarang sekatan.

6. Apakah pesanan yang boleh Tuan berikan kepada warga JKR yang masih belum berkesempatan untuk menggunakan JCoP Cafe?

Saya menyarankan supaya semua warga JKR mengambil sedikit waktu walaupun hanya 5 minit untuk melayari sistem JCoP Café dan berinteraksi dengan pegawai JKR lain dengan mengemukakan soalan, komen atau jawapan dalam membantu sesama pegawai JKR dalam urusan tugasan seharian.