Wacana Teknikal Bersama Pakar Bidang Khusus dan Pakar Rujuk Jabatan

Program Pembudayaan Ilmu “Wacana Teknikal Bersama Pakar Bidang Khusus dan Pakar Rujuk Jabatan JKR Malaysia” merupakan wadah kepada Pakar Bidang Khusus dan Pakar Rujuk Jabatan untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman berkaitan bidang kepakaran masing-masing dengan warga Jabatan.

Pada tahun 2021, seramai 15 orang Pakar Bidang Khusus dan Pakar Rujuk Jabatan telah membentangkan kertas kerja dalam pelbagai topik sebagai inisiatif berterusan dalam memperkasa aktiviti perkongsian ilmu di JKR Malaysia. Program anjuran Unit Enterprise Content & Knowledge Management, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat ini dilaksanakan secara sepenuhnya secara dalam talian.

Warga JKR boleh mengakses video rakaman program beserta slaid pembentangan dan e-Risalah melalui laman Wacana Teknikal Bersama Pakar Bidang Khusus dan Pakar Rujuk Jabatan JKR Malaysia.