Mesyuarat Program Pembudayaan Ilmu Inisiatif Pengurusan Pengetahuan Bersama Pakar Bidang Khusus dan Pakar Rujuk Jabatan

Pada 3 Februari 2021 yang lepas telah berlangsung Mesyuarat Program Pembudayaan Ilmu Inisiatif Pengurusan Pengetahuan yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Ir. Hj. Badioezaman Ab. Khalik.

Program yang diadakan secara hibrid ini dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, CPAB, Ir Alfred Sim Seck Puan bersama 24 orang Pakar Bidang Khusus dan Pakar Rujuk Jabatan dalam pelbagai bidang kepakaran.

Satu sesi taklimat mengenai inisiatif strategik Enterprise Content & Knowledge Management telah disampaikan oleh Sr Dr. Khairil Hizar Md Khuzaimah, Ketua Unit ECKM dan disusuli dengan sesi perbincangan mengenai pemerkasaan amalan pembudayaan ilmu di JKR Malaysia.

Muat turun slaid taklimat di pautan @ Portal JPedia.